Lin Lin, yang berusia 69 tahun tidak menyangka bekam yang diamalkannya selama sebulan telah meninggalkan tujuh lubang yang mengerikan pada bahagian belakangnya.
Warga emas yang berasal dari Cehngdu itu menggunakan perubatan bekam kerana mengalami sakit di bahagian bahu dan dia dijanjikan oleh pengamal bekam bahawa kesakitan itu akan hilang.
Menurut Lin Lin, dia menjalani rawatan itu selama sebulan dan cawan untuk bekam itu diletakkan di tempat yang sama setiap hari, sepanjang tempoh rawatan berkenaan.
“Kerani di pusat rawatan itu menasihatkan saya supaya meletakkan cawan pada kedudukan yang sama,’’ katanya.
Bagaimanapun Lin Lin berkata, pada 10 hari terakhir, bahagian di mana bekam itu dilakukan mula berair namun dia tetap meneruskan rawatan itu dan meminta isterinya menyapu minyak.
Pada 20 Jun lalu, selepas menjalani rawatan bekam itu, Lin Lin mula berasa tidak selesa dan mengalami demam, menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.
Setibanya di situ, doktor mendapati bahagian belakang badannya telah membengkak dan suhu badannya mencecah 37.7 darjah.
Menurut doktor, Lin Lin bernasib baik kerana dia dibawa ke hospital dengan segera, jika tidak sudah tentu akan dia akan dijangkiti kuman.
Doktor memaklumkan bahawa bekam tidak boleh dilakukan di tempat yang sama kerana ia boleh mengakibatkan kulit terbakar dan mengalami jangkitan.
Keadaan Lin Lin kini semakin pulih.
0 Response to "Mengerikan! Badan Lelaki Ini Berlubang Akibat Bekam Selama Sebulan!"
Post a Comment