Video Dipercayai Bermain Pemetik Api Ketika Ibu Isi Minyak, Kanak-Kanak Melecur Teruk Disambar Api

Tersebar di laman sosial sejak semalam sebuah video yang memaparkan kejadian kebakaran kecil di sebuah stesen minyak di mana sebuah kereta telah disambar api ketika pemandunya mengisi minyak.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikenali dengan nama Saifuddin telah bermain pemetik api ketika ibunya itu sedang mengisi minyak.

Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Pas itu dipercayai mengalami melecur di bahagian muka dan kedua-dua belah kaki berdasarkan gambar yang disebarkan.


Berdasarkan video dilihat ketika api marak menyambar, ibu berkenaan dilihat tidak panik sebelum bertindak meredah api menyelamatkan anaknya itu.

Menurut sumber juga, kejadian dipercayai berlaku di Stesen Minyak Caltex Guchil, Kuala Krai, Kelantan.

Kami cuba menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk mendapat pengesahan, namun mereka belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian ini.

0 Response to "Video Dipercayai Bermain Pemetik Api Ketika Ibu Isi Minyak, Kanak-Kanak Melecur Teruk Disambar Api"

Post a Comment