Apa Kelebihan Hammock

Tempat tidur gantung atau buai atau hammock adalah salah satu kelengkap yang harus kamu ada kalau kamu betul mengaku kamu tu pencinta alam. Terdapat banyak kelebihan yang boleh kamu dapatkan dari menggunakan hammock , Hammock bukanlah hanya digunakan untuk keperluan tidur sewaktu sedang menjelajah ke dalam hutan, tetapi kamu juga boleh menghiasi halaman belakang rumah dengan hammock sambil menikmati matahari pagi ataupun angin petang, Apa saja kelebihan hammock untuk tidur?


1 - Melancarkan aliran darah ke otak
Ada beberapa penelitian yang menyatakan bahawa tidur dengan posisi leher agak terangkat sekitar 10 sampai 30 darjah adalah posisi tidur terbaik. Posisi ini lebih banyak dipraktikan oleh masyarakat tradisional berbanding masyarakat modern yang tidur di tempat tidur yang rata. Tidur dengan menggunakan tempat tidur gantung membuat kamu mendapatkan posisi sempurna ini. Posisi ini memungkinkan aliran darah ke otak menjadi lebih lancar sehingga membuat tidur menjadi lebih berkualiti


2 - Terhindar dari beberapa jenis haiwan
Ketika kamu bermalam di hutan belantara yang terbuka, besar kemungkinan tidurmu akan diganggu oleh beberapa haiwan yang berkeliaran. Tidur dengan menggunakan hammock biasa lebih membantumu terhindar dari haiwan-haiwan tersebut terutama mereka yang bergerak di daratan. Selain terhindar dari beberapa jenis haiwan, tidur di hammock juga lebih selesa berbanding tidur di atas tanah sewaktu selepas hujan. nak ke tidur dalam lumpur?




3 - Lebih mudah dibawa
Apabila kamu mengambil keputusan untuk bercamping. sudah tentu barang-barang yang hendak dibawa akan jadi limited. kalau dibandingkan dengan khemah . hammock hanyalah selembar kain yang hujungnya di ikat dengan tali. bukankah ia lebih efisyen berbanding khemah.


4 - Menyembuhkan insomnia
Gerakan mengayun pada hammock diyakini mirip dengan cara orang dewasa membuat bayi tertidur dengan cara mengayunnya. Gerakan ayunan ini membuat gelombang otak yang serupa dengan gelombang otak bayi saat ia tidur terlelap. Oleh sebab itu tidur dengan hammock dipercaya merupakan kunci untuk menyembuhkan insomnia untuk orang dewasa. Gelombang otak yang dihasilkan akan membuat seseorang lebih mudah untuk tidur, dan tidur lebih lama.


0 Response to "Apa Kelebihan Hammock"

Post a Comment