7 Foto Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia 2016 Sebelum Dan Selepas Masuk Rancangan CG
[4 GAMBAR] Jom tengok biodata lengkap Juara Clever Girl Malaysia, Fatin Nuraisya
Shah Alam: Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl Malaysia (CGM) malam ini.
Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin (Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).
Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.
Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.
CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3, adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.
Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).
Biodata Fatin
Nama penuh: Fatin Nuraisya Bt. Mohd Hanipha
Umur: 28 Tahun
Asal: Kelantan
Pekerjaan: Peguam
0 Response to "7 Foto Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia 2016 Sebelum Dan Selepas Masuk Rancangan CG"
Post a Comment