SYED AZMI DEDAH KEWUJUDAN GRUP PEDOFILIA TEMPATAN

giloo

NETIZEN di laman sosial hari ini dikejutkan dengan pendedahan sebuah kumpulan pedofilia menerusi sebuahscreenshot perbualan daripada aplikasi perbualan Telegram.

Aktivis sosial, Syed Azmi membongkar perkara itu di laman Facebooknya sekali gus memberi amaran tentang kewujudan kumpulan tersebut di Malaysia.
Dalam postingnyaitu, Syed Azmi memapar keratan perbualantermasuk gambar seorang kanak-kanak yang dikaburkan yang diterimanya daripada seorang rakan menerusi rangkaian Telegram.
syed4
Antara mesej yang boleh dilihat di dalam keratan perbualan itu adalah komen-komen jijik dari ahli kumpulan grup yangdisertai sebanyak 751 itu.
Difahamkan, Syed Azmi akui dia mempunyai semua nama dan nombor ahli dalam kumpulan tersebut dan apa yang mengejutkannya adalah berdasarkan tahun kelahiran mereka, dia mengesyaki sebahagian daripada mereka masih muda.
Dia yang pernah kontroversi denganprogram I want to touch a dog menasihatkan agar ibu bapa yang memuat naik gambar anak-anak mereka di laman sosial supaya lebih berhati-hati.
Terdahulu, seorang pedofil British berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku terbabit dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia.
Richard Huckle, 30, mengambil gambar dan video dia mendera kanak-kanak terbabit sebelum memuat naik ke sebuah laman web yang sukar diakses dalam Internet dan kerap digunakan untuk kegiatan haram.
Penyiasat menemui lebih 20,000 imej lucah dalam komputernya, selain catatan mengenai serangan yang dilakukannya serta sebuah buku panduan yang ditulisnya bertajuk Pedofil dan Kemiskinan: Panduan Pengemar Kanak-kanak. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "SYED AZMI DEDAH KEWUJUDAN GRUP PEDOFILIA TEMPATAN"

Post a Comment