Pembunuh Kanak-Kanak Serah Diri Selepas 28 Tahun Lari, Tiru Plot Dari Buku Untuk Ugut Ibu Bapa Mangsa

China, 29 Mei – Seorang lelaki yang hidup dalam pelarian selama 28 tahun setelah membunuh seorang kanak-kanak berumur 10 tahun akhirnya menyerah diri kepada polis seterusnya menunjukkan lokasi dimana dia menanam kanak-kanak terbabit setelah hampir 3 dekad tertanam tanpa diketahui.
Menurut laporan NetEase, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Fu Mou, 49, mengaku bersalah membunuh kanak-kanak terbabit dan cuba mengugut keluarga kanak-kanak itu pada 1998.
Mou berkata dia menyerah selepas tidak dapat menahan perasaan bersalah.


1998


Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Ogos 1998 itu, Mou dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan duit untuk membina rumah baharu.
Pada hari kejadian kanak-kanak terbabit secara tidak sengaja memasuki rumah Mou sebelum lelaki itu membunuhnya. Terinspirasi dari plot sebuah buku yang dibaca, Mou memutuskan untuk mengugut ibu bapa kanak-kanak itu bagi mendapatkan duit.
Mou yang ketika itu berusia 21 tahun mencekik kanak-kanak tersebut sebelum menanam mayat di bawah kandang babi berdekatan.
Dia kemudian menghantar kasut mangsa  kepada ibu bapa kanak-kanak itu dan meminta wang tebusan sebanyak 8,800 yuan (RM 5,318).
Polis kemudian menyerbu rumah Mou keesokan harinya tapi Mou telah pun melarikan diri. Bermula dari itu, Mou menjadi pelarian sehingga dia menyerah diri.
Selepas hampir 3 dekad, Mou akhirnya menyerah diri namun berita itu membuatkan ibu bapa kanak-kanak itu hampa kerana percaya anaknya itu masih hidup dan selama ini mereka tidak pernah berhenti dari mencari anak mereka.
Mayat kanak-kanak itu telah digali oleh polis tempatan minggu lepas. – Siakapkeli.my
Sumber : shanghaiist.com

0 Response to "Pembunuh Kanak-Kanak Serah Diri Selepas 28 Tahun Lari, Tiru Plot Dari Buku Untuk Ugut Ibu Bapa Mangsa"

Post a Comment