Pemilik Taska Dakwa Disabotaj: Bayi Didera Dan Mulut Ditutup Dengan Kain

Tersebar di media sosial gambar seorang bayi yang didakwa telah didera oleh dua kakitangan taska yang terletak di Putra Jaya berkenaan, cetus kemarahan netizen.
Bagaimanapun, pemilik taska, Norwani Ismail, 27, menafikan dakwaan itu dan tidak menolak kemungkinan bahawa dia telah disabotaj oleh dua bekas kakitangannya yang telah melarikan diri sebelum ini.
Pemilik Taska Dakwa Disabotaj, Bayi Didera Dan Mulut Ditutup Dengan Kain
Menurut Norwani, dia telah menerima beberapa gambar seorang anak asuhannya yang telah didera pada jam 7.40 petang, 31 Mei yang lalu.
“Saya mengesyaki perkara ini telah diviralkan oleh dua orang bekas pekerja saya yang telah melarikan diri pada 28 Mei, jam 4 pagi,” katanya.
Pemilik Taska Dakwa Disabotaj, Bayi Didera Dan Mulut Ditutup Dengan Kain  2
Dalam laporan polis itu, Norwani mendedahkan dua individu yang dimaksudkan itu ialah Asmida Aziz, 25, Roseliah Pagar, 21, yang masing-masing berasal dari Kuala Krai Kelantan.
Pemilik Taska Dakwa Disabotaj, Bayi Didera Dan Mulut Ditutup Dengan Kain 4
“Saya mengesyaki gambar bayi yang ditutup mulut dengan kain napkin tersebut dilakukan oleh dua pekerja ini dengan sengaja kerana ia berlaku di luar pengetahuan saya,” katanya.

0 Response to "Pemilik Taska Dakwa Disabotaj: Bayi Didera Dan Mulut Ditutup Dengan Kain"

Post a Comment