1 JUN 2016, 10:24 PM
Habib Angsana penupu! Tadi nak trade in rantai ini. Nak beli yang lain. Sekali kedai emas itu kata,
"Ini bukan emas."
Dah dekat setahun pakai, baru perasan. Patutlah warna emas pada rantai ini semakin pudar. Celaka betul, kau (Habib Angsana) tunggu esok, aku report pada polis!
Nama saja syarikat besar, entah berapa ramai yang tertipu pun tak tahulah. Harga rantai emas ini RM1,000+, memang celaka. Mungkin dia (salesgirl) tukar semasa diserahkan kepada saya. Masa nak beli itu, memang tengok betul-betul.
2 JUN 2016, 1:00 PM
Habib boleh pula kata, kalau kes ini belum viral lagi mungkin mereka boleh bincang atau settle. Tetapi disebabkan sudah menjadi viral, mereka tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau jalan penyelesaian.
Nampak tak permainan mereka? Tak apa, aku report saja. Biar polis yang uruskan.
Habib pun boleh kata yang sebelum ini pun pernah terjadi perkara yagn sama. Tetapi sebab orang itu tak viralkan, jadi masalah itu sudah settle. Kira macam tutup mulutlah.
4.34 PM
Dah pergi IPD Skudai, jumpa dengan pegawai di Bahagian Penyiasatan. Katanya, kalau buat laporan polis sekali pun, tak boleh buat apa-apa. Sebab Habib boleh menafikan yang rantai emas itu bukan barang dia. Tambahan aku beli dah lama, tahun lepas. Dan katanya lagi, mungkin bukan Habib yang tipu tetapi salesgirl Habib.
Memang tak selamatkan hidup korang. Selepas ini berhati-hati sajalah kalau korang nak beli emas di Habib. Memang diorang dah biasa buat kerja-kerja seperti ini.
Salesgirl yang jual rantai emas itu, budak Melayu. Bila datang jumpa dia, muka pucat, kepala terkelup terus. Tetapi dia langsung tak mahu mengaku. Bila suruh tengok rekod rakaman video CCTV, mereka tak mahu berbuat demikian.
Yang peliknya, Bahagian Jenayah Komersial tak bagi aku buat report, sedangkan aku belum cakap apa-apa. Alasan, Habis adalah syarikat besar dan tidak pernah kes tipu seperti ini. - Noe Niey | PIXEL MEDIA
0 Response to "'Habib Angsana Penipu!' - Noe Niey"
Post a Comment