Kami Akan Dihalau Hujung Bulan Ni Jika Gagal Bayar Tunggakan Rumah


Viral di laman Facebook yang dimuatnaik oleh  Rumah Perlindungan Al Nasuha di mana mendakwa mereka dan 70 orang anak yatim, miskin dan terbiar yang berlindung di rumah perlindungan berkenaan akan dihalau keluar hujung bulan ini.

Menurut mereka, mereka akan dihalau selepas gagal menyelesaikan tunggakan rumah berkenaan sebanyak RM387,000 sebelum hujung bulan Jun ini.

"Kami berharap agar posting ini dapat di viralkan supaya ianya segera mendapat perhatian dari pihak-pihak yang boleh membantu kami menyelesaikan kemelut tempat berlindung lebih 70 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar dibawah lindungan Rumah Perlindungan Al Nasuha."


.
"Kami akan dihalau dari rumah yang kami diami sekarang ini sekiranya kami gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM387,000 sebelum hujung bulan Jun ini."

"Ini bermakna kami akan terpaksa berlindung dibawah-bawah jambatan atau di bangunan-bangunan yang ditinggalkan," tulis mereka di laman Facebook berkenaan.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyumbang sumbangan anda ke:

Maybank 564829000530
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha

Atau hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut atau boleh datang melawat ke RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA, Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, Off Berjaya 6, Kampung Changkat, 68100 Batu Cave Selangor.


Kami telah menghubungi pihak Baitulmal dan mereka mengesahkan hal ini di mana rumah kebajikan ini telah mendapat bantuan pada tahun 2014 dan 2015 dari pihak Baitulmal sebelum kejadian ini terjadi.

Menurut Baitulmal lagi, kisah ini telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor dan di mana telah berjumpa dengan pihak rumah perlindungan, pihak Zakat Selangor sedang mengaturkan bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Kepada kita semua diluar sana, jom kita hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu mereka. - Siakapkeli.my

0 Response to "Kami Akan Dihalau Hujung Bulan Ni Jika Gagal Bayar Tunggakan Rumah"

Post a Comment