Vittinghus berjaya menundukkan penguasaan lawannya Ehsan Maulana Mustoffa dengan mata 21-15, 21-7.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.
Denmark mengumpul mata pertama melalui pemain perseorangan pertama Viktor Axelsen yang menundukkan Tommy Sugiarto 21-17, 21-18 dalam masa 54 minit.
Indonesia kemudian menyamakan kedudukan melalui beregu pertama mereka, Mohd Ahsan/Hendra Setiawan yang menafikan hasrat Mads Pieler Kolding/Mads Conrad Petersen, 18-21, 13-21.
Dalam perlawanan perseorangan kedua, Jan O Jorgensen kembali meletakkan Denmark di hadapan apabila menewaskan Anthony Ginting 21-17, 21-12.
Tidak mahu mengalah dengan mudah, Indonesia Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi bangkit melalui beregu kedua mereka dengan menewaskan pasangan Denmark Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen 21-16, 21-14 dalam masa 42 minit.
Kemenangan yang dibawa Vittinghus sekali gus menyaksikan piala berprestij itu ke menjadi milik Denmark buat kali pertama.
astroawani
0 Response to "Piala Thomas jadi milik Denmark"
Post a Comment