RAKAMAN menunjukkan pelajar Sekolah Elsa Perea Flores, utara Peru pengsan selepas mendakwa melihat lelaki hitam cuba membunuh mereka.
Rakaman video menunjukkan kira-kira 80 orang pelajar menggigil, menjerit dan pengsan di Sekolah Elsa Perea Flores, utara Peru yang dilaporkan dibina di atas tanah perkuburan anggota kumpulan mafia.
Pelajar-pelajar berumur antara 11 hingga 14 tahun itu dilaporkan pengsan dan mengalami sawan.
Kejadian kali pertama dilaporkan pada April lalu.
“Kami tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Ianya bermula pada 29 April lalu dan masih berlaku sehingga sekarang. Kini, hampir 80 pelajar masih mengalami kejadian itu,” kata Dr. Antony Choy yang merawat pelajar berkenaan.
“Seorang lelaki tinggi, hitam dan berjanggut mengejar dan mencekik saya,” kata salah seorang pelajar yang namanya enggan didedahkan.
Penduduk tempatan pula mendakwa kejadian itu berpunca daripada gangguan roh jahat secara besar-besaran dan tidak menolak kemungkinan beberapa orang pelajar bermain permainan menyembah syaitan seperti menggunakan papan Ouija. – Agensi/kosmo
0 Response to "80 Pelajar Sekolah Histeria Diganggu Makhluk Hitam"
Post a Comment