DALAM KEPALA SEORANG POSMEN





Harini admin nak bagi 1 tajuk buku yang sempoi lagi mengasyikan. selagi korang x baca selagi tu la korang tak kan tau.




CERITA PENDEK DALAM KEPALA SEORANG POSMEN
Penulis: Lang Rahman
Terbitan: Anplak
86 mukasurat
RM12.00


Päk Läng Rahman kawan aku, tapi bukan bermakna aku akan puji melambung! Himpunan cerita pendek ini ada 47 tajuk. Kalau hangpa biasa baca buku 'Cerpen2 Underground Faizal Tehrani', konsepnya agak lebih kurang tapi jangan harapkan sehebat Faizal Tehrani sebab ini buku pertama Lang Rahman.

Seriously, buku ini langsung tidak mengecewakan aku! Aku suka cara Lang Rahman menulis, bunyinya agak merapu tapi sarkastik + abstrak + absurd. Hangpa kena tenangkan minda dan cuba hadam, ada banyak mesej yang Lang Rahman cuba sampaikan dari politik, sosial, ekonomi etc tapi kena selaraskan dengan ehwal semasa dalam negara, itu mengikut kefahaman aku le... buku ni banyak bagi hangpa berfikir, bukan sesaja ditulis sebegitu.

bahasa yang Lang Rahman guna memang santai, straight forward! memang mudah faham. ok, semua orang tahu yang Lang Rahman seorang punk rocker tapi jangan harap ada ceritanya yang 'tersangat punk' tapi memang punk abis!

cerita favorite aku dalam buku ini adalah VAN SEKOLAH YANG SEBENARNYA TIDAK KE SEKOLAH, satu kritikan yang sangat makan dalam. selebihnya, hangpa baca sendirilah! aku recommend buku CPDKSP ni... beli rokok boleh, tak kan nak beli buku ni pun perit?

Jom la pakat2 p cari buku ni. sumpah tak kan rugi.
smile emoticoncerita favorite aku dalam buku ini adalah VAN SEKOLAH YANG SEBENARNYA TIDAK KE SEKOLAH, satu kritikan yang sangat makan dalam. selebihnya, hangpa baca sendirilah! aku recommend buku CPDKSP ni... beli rokok boleh, tak kan nak beli buku ni pun perit?

0 Response to "DALAM KEPALA SEORANG POSMEN"

Post a Comment