Kemurungan bukanlah masalah yang mudah diatasi. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kemurungan. Contohnya, kehilangan pekerjaan, penderaan, kesunyian berikutan hidup seorang diri, tekanan berterusan di tempat kerja, semua faktor ini sekiranya dibiarkan lama-lama akan mencetuskan kemurungan dalam diri individu. Namun masalah kemurungan ini boleh juga terjadi kerana keturunan. Tapi jangan risau, sekiranya ada ahli keluarga anda yang mengalami masalah ini, tidak semestinya anda juga akan mempunyai masalah yang sama. Di sini saya akan berkongsi dengan anda cara paling efektif untuk mengatasi kemurungan.
Sebenarnya jika anda seorang yang mudah risau, kurang keyakinan diri, sangat sensitif dan kritikal, semua ini boleh menyebabkan penyakit kemurungan datang menyerang anda dengan mudah.
Selain itu, terlalu risau kerana masalah kesihatan yang kronik dan kebergantungan terhadap dadah dan alkohol turut memudahkan anda diserang kemurungan.
Kemurungan boleh menyebabkan seseorang berasa sangat lemah, menjauhkan diri daripada orang sekeliling, tiada motivasi dan membuatkan anda berasa susah untuk melakukan sesuatu perkara. Lebih teruk, masalah ini jika dibiarkan berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan. Namun, anda perlu memaksa diri jika anda mahu penyakit ini hilang.
Di sini saya akan terangkan cara paling efektif atasi kemurungan tanpa menggunakan ubat-ubatan. Adalah lebih baik masalah kemurungan ini diatasi secara natural kerana ubat boleh memberi pelbagai jenis kesan sampingan.

1.Menulis
Menulis merupakan satu bentuk terapi dan boleh mengatasi masalah kemurungan. Ini kerana apabila anda meluahkan perasaan dan fikiran melalui penulisan ia secara automatik mengurangkan bebanan dalam diri.
Anda perlu jujur apabila menulis tentang diri sendiri. Jika anda seorang yang suka menulis dalam diari anda pasti tahu perasaannya selepas menulis. Saya yakin anda akan berasa lega dan lebih baik selepas itu.

2.Tingkatkan keyakinan diri
Seseorang yang menderita kemurungan biasanya kurang keyakinan diri. Oleh itu anda dinasihatkan cuba mencari sesuatu yang boleh membuatkan anda berasa kembali gembira, bersemangat dan diperlukan.
Mungkinkah anda ingin kelihatan lebih menarik? Contohnya melalui senaman, diet , menghiaskan diri dengan makeup dan mengenakan pakaian yang menarik atau trendy. Anda boleh juga meluangkan masa bersama kawan yang suka berjenaka yang boleh membuatkan anda berasa gembira.

3.Cuba bersosial
Orang yang murung mudah menjauhkan diri daripada orang dan suka menyendiri kerana mereka sudah hilang motivasi. Sekiranya anda ada masalah sebegini, paksalah diri untuk bersosial. Keluarlah jumpa kawan-kawan samada untuk bersiar-siar, minum-minum atau menonton movie.
Anda boleh juga libatkan diri dengan aktiviti sosial dengan NGO, contohnya memberi kelas tuisyen percuma kepada anak-anak yatim dan menjaga orang tua di rumah kebajikan. Dengan cara ini ia dapat mengelakkan anda daripada berfikiran negatif ketika keseorangan dan membuatkan anda berasa lebih gembira.

4.Bergantung dengan orang
Memiliki seseorang di samping anda amatlah penting terutama ketika mengalami kemurungan. Mungkin anda seorang yang suka bergantung pada diri sendiri saja, tapi anda harus ingat, sesetengah perkara dalam hidup ini anda tidak dapat lakukan seorang diri. Anda perlukan teman dalam hidup untuk menyokong dan menggembirakan anda.
5.Tidur cukup
Orang yang mengalami kemurungan biasanya tidak cukup tidur atau terlebih tidur. Anda perlu cuba usaha untuk dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi supaya nanti mood anda lebih baik. Sediakan jadual dan cuba ikut.
Jika anda tidak bertenaga, anda pasti berasa susah untuk bersenam, bersosial apalagi untuk mengatasi masalah kemurungan diri.
Jika anda tidak bertenaga, anda pasti berasa susah untuk bersenam, bersosial apalagi untuk mengatasi masalah kemurungan diri.
6.Senaman
Apabila anda bersenam, badan akan berasa lebih ringan dan bertenaga. Bukan itu saja, ia mampu memberi bentuk tubuh yang lebih baik sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri.
7.Diet seimbang
Diet yang seimbang amat penting jika anda ingin penampilan yang baik dan nampak sihat. Lebihkan pengambilan Omega-3 dalam diet kerana ia dikatakan boleh perbaiki mood. Omega-3 boleh didapati dalam ikan salmon dan supplement. Jangan minum alkohol dan kafein.
8.Jaga rutin
Orang yang murung ni biasanya mempunyai tidur dan cara pemakanan yang tidak menentu. Seeloknya sediakan jadual harian dan cuba ikut. Dengan cara ini anda mudah tidur dan makan pada masa yang tetap.
Kucing atau anjing memang boleh membuatkan seseorang gembira. Seperti saya yang sukakan kucing, memang ia boleh membuatkan saya berasa gembira.
Setiap individu berbeza dan kebiasaaannya gabungan beberapa faktor yang menyumbang kepada kemurungan. Masalah kemurungan tidak dapat diatasi seorang diri, jika anda menderita masalah ini, banyakkan berdoa, kuatkan hati, cuba redha, dan jangan bersendirian.
- See more at: http://sambalserai.blogspot.my/2016/02/cara-paling-efektif-atasi-kemurungan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+sambalserai+(sambalserai)#sthash.O26KmmZl.dpuf
0 Response to "Cara Efektif Atasi Kemurungan"
Post a Comment