Tak mampu bayar sewa Van Jenazah,terpaksa bawa mayat anak dengan Motorsikal

Suami Isteri mengendong mayat anak mereka atas motorsikal

Sepasang suami isteri miskin terpaksa membawa mayat anaknya pulang dengan motosikal kerana tidak mampu membayar kos ambulans.
Wayan Sujana, 45, dan isteri, Wayan Sari, 40, sebelum itu kehilangan anak ketiga mereka yang meninggal dunia di Hospital Sanglah di Denpasar Barat, Denpasar, Bali.
Bayi itu meninggal dunia selepas menjalani beberapa pembedahan lubang dubur.
“Sebaik anak saya meninggal dunia, saya diberikan bil oleh pihak hospital. Kos mengubati anak saya selama 45 hari, sejak dia dilahirkan, mencecah Rp10.934 juta (RM3,300).
“Saya bayar Rp3 juta (RM915). Wang itu hasil pinjaman daripada beberapa jiran. Memang saya tidak mampu menjelaskan bakinya dan tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.
“Saya diberitahu saya perlu membayar lebih Rp1 juta (RM305) lagi sekiranya mahu menggunakan khidmat ambulans untuk membawa pulang anak saya ke rumah kami,” kata Sujana.
Perjalanan itu mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di rumah pasangan itu di Banjar Yeh Kori, Karengasem. 

- Agensi

0 Response to "Tak mampu bayar sewa Van Jenazah,terpaksa bawa mayat anak dengan Motorsikal"

Post a Comment