'Kamu Susah Beranak Ni Mesti Disebabkan Banyak Dosa'


Pengalaman Induce, ada yang cakap, bersalin itu sakit dia sama. Ya, saya tahu sakit bersalin itu sama. Tetapi bila dah overdue, doktor akan tunggu ataupun induce. 

Induce ini, ibaratnya paksa baby keluar. Cuba kalau kau, orang paksa kau terjun dari kereta yang sedang dipandu laju di lebuhraya. Agak-agak, nak terjun atau tidak? Kemudian, orang asyik menolak dan menyepak kau keluar. Sakit tak?

Contraction induce ini lain macam. Bila dah namanya ubat, dia mestilah ada yang serasi dan sebaliknya. Haa, jadi ceritanya begini. Ada orang selepas induce, bukaan CM dia cepat dalam 5-6 jam sahaja. Ada pula yang lambat sehingga 1-2 hari. Ada juga orang yang induce tetapi tiak sakit langsung sebab ubat tak menjadi. Kena masuk pula ubat 2-3 kali baru ada rasa sakit. Ada orang jalan tak buka terus. Mereka terpaksa dibedah sebab bayi dah lemas. Itu gunanya mesin CTG untuk memantau jantung baby itu tau? 

Jadinya, contraction induce ini boleh dikatakan, katil pun boleh roboh, tiang boleh tercabut, dinding pun rasa nak panjat dan ada suami di tepi rasa nak balun dan tumbuk-tumbuk macam Naruto tu haa! 

Hui sakit! Memang sakit contraction induce itu. Tambahan kalau orang yang dah tahan lama. Sudahlah menahan lama, CM tak buka pula. Maka terpaksalah operate. Dua kali sakit atas bawah, dua-dua mendapat. Jadi, hargailah isteri masing-masing. Setiap insan ada pengorbanan tersendiri. 

Yang sudah induce  dan selepas itu tiba-tiba kena operate, tahu tak sebab apa? Sebabnya ibu mengandung itu sudah kehilangan tenaga. Langsung tak ada kudrat kerana tenaganya telah dikerah habis-habisan ketika meneran. Bila baby dah lemas, terpaksalah doktor mengambil langkah segera iaitu operate.

Sebab itulah juga pentingnya zikir dan bacalah apa-apa doa yang patut. Yelah, memang betul bila dah sakit begitu, mana ada nak ingat apa-apa. Itulah pentingnya ada suami menemani isteri bersalin agar dia boleh mengingatkan apa yang patut. 

Ada hamba Allah kata;

"Kamu susah nak beranak ini mesti disebabkan banyak dosa yang orang tak ampun."

Ya Allah, saya tidak tahu dimana letaknya iman makcik ini. Tetapi tak mengapa, saya maafkan dia sebab siapa yang melaluinya memang tahu sakitnya macam mana. Selama 22 jam saya menahan sakit selepas induce. Saya buat macam-macam dalam wad dan bilik labour room itu, nurse langsung tak marah sebab dia faham betapa sakitnya induce ini. Nurse siap suruh aku bersabar, berzikir dan membenarkan suami saya duduk dalam labour room selama saya sakit sehinggalah saya bersalin.

Selepas itu, saya tengok nurse dan doktor berada di sekeliling saya macam pasukan bola sepak sebab saya pesakit yang terakhir. Orang lain semua dah selamat beranak. Saya berterima kasih pada doktor dan jururawat Hospital Tengku Ampuan Afzan yang ada pada ketika itu kerana mereka bersabar dan sanggup menjadi pasukan sorak untuk memberi semangat kepada saya walaupun pada waktu itu saya telah kehabisan tenaga.

Suami pun serik melihat saya meraung-raung dan menjerit-jerit sebabnya ini fenomena ubat. Serasi dan tak serasi dengan badan dan keadaan badan kita. Ibarat hujung nyawa perabis dah tu.

kredit : Aaisyah Zahraa | PIXEL MEDIA

0 Response to "'Kamu Susah Beranak Ni Mesti Disebabkan Banyak Dosa'"

Post a Comment