Seperti artis-artis di barat yang tidak lari daripada pengaruh dan penggunaan dadah, artis-artis Malaysia juga tidak terkecuali daripada gejala ini
Seperti artis-artis di barat yang tidak lari daripada pengaruh dan penggunaan dadah, artis-artis Malaysia juga tidak terkecuali daripada gejala ini.
Berikut ialah senarai artis-artis Malaysia yang pernah dikatkan dengan kesalahan penggunaan dadah:Shereen, pelakon/penyanyi
Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.
Pada 23 Mac 2005 Shereen bersama teman lelakinya dan dua rakan mereka dituduh mengambil dadah methamphetamine.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C1-1-C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang pada pukul 2 pagi 15 Mac 2005.
Saleem - Iklim, penyanyi
Pada 12 Mac 2005, anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini didapati bersalah memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa pada Julai 2004.
Saleem terpaksa menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.
Samzy Fuzette, pelakon
Samzy Fuzette A. Samad, pelakon dan abang kepada Zizie Ezette dan Shahizy Sam didakwa memiliki syabu, ditahan di Bukit Antarabangsa pada 11 April 2005. Dadah tersebut disimpan di dalam 10 paket plastic lutsinar di dalam beg milik Samzy.
Samzy disabit kesalahan dan hukuman penjara 30 bulan serta tiga sebatan
dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Ameng - Spring, penyanyi
Penyanyi terkenal dari kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kini sedang menjalani hukuman di penjara.
Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.
Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.
Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.
12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah manakala isterinya, Sabariah Zakariah pula dibebaskan.
Jamal Abdillah, penyanyiJamal Abdilah ditahan pada 18 Jan 2007 bersama dengan sepupunya di sebuah rumah rehat di Teluk Intan kerana disyaki memiliki dadah.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui satu tiub dadah dipercayai syabu di dalam bilik berkenaan.
Bagaimanapun, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.
Jamal pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih selama hampir lima tahun.
Zack - New Boyz, pemain bass
Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada awal 2013 pemain bass kumpulan New Boyz itu telah ditahan reman selama tiga tahun di Penjara Sungai Buloh, dilepaskan hukuman gantung apabila didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir
Zarina Anjoulie, model/pelakon
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul ditahan kerana didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 dan positif dadah jenis ‘methampetamine’ bersama seorang rakan lelakinya di Armanee Condominium di Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 30 Disember 2013.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram ketika pertuduhan tersebut dibacakan oleh Majistret Nazri Omran. Mereka berdua boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dendan RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah.
Ezad - Exist, penyanyi
Ezad Exist yang berusia 35 tahun telah ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu pada 20 November 2014.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.
Benjy, pelakon
Khaeryll Benjamin atau Benjy, anak kepada Allayarham biduanita Azean Irdawaty juga terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.
Benjy ditangkap bersama teman wanitanya di Segambut pada 11 Mac 2010 ditahan kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.
Dalam serbuan, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.
Pada masa itu, Benjy sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun manakala teman wanitanya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.
Benjy terlepas hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
membawa hukuman mati mandatori.
Pada 27 Jun 2013, Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
update kes benjy
---------------------
6 Apr – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Benjy telah dibebaskan daripada tuduhan memilik dadah pada Mac tahun lalu oleh Mahkamah Majistret Muar.
Dipetik dari Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Majistret Muhammad Hidayat Wahab selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Menurut kertas pertuduhan, anak kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty bersama rakannya, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin didakwa memilih dadah selepas mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac 2015.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukaman mati mandatori.
Dalam pada itu, rakan Benjy, Raja Shariff tidak dibebaskan dan diperintah untuk membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.
Ini bukan kali pertama pelakon ini ditangkap berhubung dadah kerana dia pernah ditahan lebih tiga kali sebelum ini sejak tahun 2010 atas kesalahan sama.
Cinema Online, 6 April 2016Dipetik dari Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Majistret Muhammad Hidayat Wahab selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Menurut kertas pertuduhan, anak kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty bersama rakannya, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin didakwa memilih dadah selepas mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac 2015.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukaman mati mandatori.
Dalam pada itu, rakan Benjy, Raja Shariff tidak dibebaskan dan diperintah untuk membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.
Ini bukan kali pertama pelakon ini ditangkap berhubung dadah kerana dia pernah ditahan lebih tiga kali sebelum ini sejak tahun 2010 atas kesalahan sama.
- bapak hebat wo..dah 3 x bebas kes ni
Baby Erin - Res2, penyanyi
Bekas penyanyi Kumpulan Res2, Lily Zarina Khalil atau Baby Erin ditahan bersama pelakon Samzy Fuzette Abdul Samad serta empat yang lain, mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dan menghisap dadah jenis syabu atau pun methamphetamine.
0 Response to "Siapa selebriti tempatan yang pernah terlibat dadah?"
Post a Comment