Selama 4 tahun, kerana rindu lelaki ini tulis surat buat isterinya yang telah tiada


Seorang lelaki lanjut usia dari Ningbo telah menulis satu pucuk surat setiap hari kepada mendiang isterinya. Bukan hanya satu atau dua hari, lelaki itu melakukannya selama 4 tahun demi membantunya mengatasi kesedihan selepas kehilangan isteri tercinta. Sebuah akhbar menceritakan tentang Chen Xiukang (70) yang telah menulis lebih dari 1.5 juta huruf China sebagai cara memulihkan diri setelah kematian isteri tercinta pada tahun 2012. Pada awalnya, panjang surat-surat yang ditulisnya hanya singkat saja, kira-kira 1,000 huruf China untuk setiap surat.
Namun demikian selepas itu, surat-surat itu menjadi lebih panjang hingga 2,000 huruf. Pasangan itu berkahwin pada 1967 dan tidak sempat berpacaran lama. Mereka hanya bertemu 3 kali sebelum melangsungkan perkahwinan. Chen menjelaskan, “Kami belum benar-benar hidup seperti pasangan hingga akhirnya anak-anak meninggalkan rumah dan bekerja. Selepas itulah kami menikmati hidup bersama.” Chen akui, setelah isterinya meninggal, dia menyedari masih banyak yang ingin dikatakan kepadanya.
“Walaupun kami berdua merupakan orang yang agak kurang sabar, kami saling menjaga perasaan antara satu sama lain. Sekarang saya memikirkan itu dan menyedari betapa bodohnya saya.” Selama 4 tahun terakhir, Chen mencatatkan semua kejadian utama dalam hidupnya melalui surat-surat. Dia sendiri terkejut selepas mengetahui betapa banyak yang telah ditulisnya. Dia merasa tidak mungkin akan berhenti kerana penulisan surat itu membuatkannya merasa seakan-akan si isteri sedang berdiri di sampingnya. -AP

0 Response to "Selama 4 tahun, kerana rindu lelaki ini tulis surat buat isterinya yang telah tiada"

Post a Comment