Pemakaian Niqab Semasa Tunai Umrah Dipersoal Peminat, Ini Respon Siti Nurhaliza


Di bulan Ramadan yang mulia ini, ramai selebriti tanah air mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di tanah suci Makkah. Tidak terkecuali penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang turut menunaikan ibadah umrah dan sempat berkongsi beberapa foto ketika di sana.

Namun bermula perdebatan di ruangan komen foto yang dikongsi beliau apabila ada peminat yang mempersoalkan pemakaian niqab Datuk Siti. Tak boleh ke? Macam-macam hal lah korang ni.

Niqab dipersoal


Pada mulanya Datuk Siti berkongsi sekeping gambar selfie berniqab ketika berada di Madinah. Ramai peminat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau di sana.

Namun yang tak sedapnya bila muncul komen-komen yang seolah mengecam pemakaian niqab Datuk Siti.




Perlunya bersangka baik


Peka dengan apa yang sedang diperdebatkan, Datuk Siti membalas komen tersebut dengan tenang menerangkan sebab dia berpakaian sebegitu.

Lumrah bila jadi selebriti terkenal, setiap gerak geri diperhatikan dan jadi bualan ramai tapi sampai bila nak kena ada mentaliti macam ni? Sampai niat dan amalan orang pun nak dipertikai, pelik!

Moga Datuk Siti dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan selamat pulang ke tanah air.

Sumber: Ohbulan.com

0 Response to "Pemakaian Niqab Semasa Tunai Umrah Dipersoal Peminat, Ini Respon Siti Nurhaliza"

Post a Comment