Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Hantar Mesej Jelik Menghina PM di Group Whatsapp


Johor Bahru, 2 Julai: Seorang pengguna aplikasi dengan nama Pa Ya, di kampung Tunku, Petaling Jaya ditahan polis tengah hari tadi kerana disyaki menghantar mesej bergambar bersifat jelik membabitkan Perdana Menteri dengan tujuan menghina, lucah dan menyakitkan rakyat Malaysia.


Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, suspek yang berusia 76 tahun itu ditahan di rumah beliau pada jam 12.15 tengahhari tadi.

Polis turut merampas sebuah telefon Samsung G5 ketika tangkapan.

Wan Ahmad berkata, suspek ditahan selepas satu laporan polis yang diterima pada jam 3.35 petang semalam berhubung  penghantaran mesej terbabit yang dimuatnaik dalam kumpulan WhatsApp 'Bicara Politik Melayu'.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Difahamkan, suspek warga emas itu adalah seorang penulis. - Siakapkeli.my

0 Response to "Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Hantar Mesej Jelik Menghina PM di Group Whatsapp"

Post a Comment