Jangan Beri Jawapan 'MALAS', Layan Saja 'KEGILAAN' Isteri, Suami Kongsi Tip

suami%2Bisteri%2Bmembeli%2Bbelah
Kaum wanita memerlukan jawapan yang tegas dan pasti untuk setiap soalan yang diutarakan.

HUJUNG minggu ini, pusat beli-belah di seluruh negara akan menjadi tumpuan, khususnya umat Islam yang akan sibuk membuat persiapan Aidilfitri yang dijangka disambut Rabu depan.

Bagi kaum lelaki terutamanya suami, melayani kerenah isteri membeli-belah mungkin satu cabaran dalam bulan puasa ini. Masakan tidak, golongan wanita diketahui sering mengambil masa yang lama ketika membeli-belah, dan salah satu sebab adalah kesukaran membuat keputusan gara-gara pilihan yang banyak.

Namun mungkin apa yang dikongsi oleh pengguna Facebook dengan nama Lutfi Lokman ini boleh membantu suami-suami di luar yang berhadapan situasi itu.

Dalam perkongsiannya, Lutfi memberi tips bagaimana untuk memberi jawapan jika isteri bertanyakan pendapat tentang barangan yang ingin dibeli.

Dia yang ditanya isteri tentang pilihan dua pasang kasut, memberi jawapan yang komprehensif.


suami%2Bisteri%2Bmembeli%2Bbelah%2B1

suami%2Bisteri%2Bmembeli%2Bbelah%2B2

suami%2Bisteri%2Bmembeli%2Bbelah%2B3

"Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak," itu jawapan yang diberikan.

Kata Lutfi, jawapan yang samar-samar yang sering kali diberi suami apabila ditanya pendapat, akan membuat kaum wanita lebih sukar membuat keputusan.

Sebaliknya, jawapan yang tepat dan padat, beserta sebab dan alasan kepada jawapan yang diberi, akan memudahkan mereka membuat pilihan, sekaligus menjimatkan masa membeli-belah.

Status Lutfi itu sudah dikongsi lebih 18,000 kali selepas dua hari dimuat naik.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fdaus Ahmad, pula berkongsi cara untuk mengelakkan pertelingkahan antara suami isteri, yang kebiasaannya tercetus gara-gara 'kegilaan' golongan wanita membeli-belah pada musim perayaan.

Menurut Fdaus, waktu perayaan adalah masa di mana kaum suami hanya perlu 'mengangguk' tanpa banyak soal untuk setiap permintaan isteri.

Ini kerana, kata Fdaus, apa yang dilakukan isteri sebenarnya hanya sekadar cara mereka menzahirkan kemeriahan Hari Raya.


fdaus%2Bahmad%2B1

fdaus%2Bahmad%2B2

fdaus%2Bahmad%2B3

fdaus%2Bahmad%2B4

fdaus%2Bahmad%2B5

fdaus%2Bahmad%2B6

fdaus%2Bahmad%2B7

fdaus%2Bahmad%2B8

Hakikatnya, apabila tiba Hari Raya, golongan wanita dan isteri kebiasaannya banyak berada di dapur, sibuk menguruskan makan minum untuk keluarga dan tetamu yang hadir.

Justeru, Fdaus berpendapat, tidak ada salahnya memberikan kegembiraan itu buat isteri kerana kemeriahannya akan dirasai bersama.

Status Fdaus itu telah menerima hampir 30 ribu perkongsian. - astroawani

0 Response to "Jangan Beri Jawapan 'MALAS', Layan Saja 'KEGILAAN' Isteri, Suami Kongsi Tip"

Post a Comment