WANITA BUAT LAPORAN DIROGOL DISABIT SALAH BERZINA

SEORANG WANITA BELANDA DISABITKAN BERSALAH MELAKUKAN ZINA OLEH MAHKAMAH DI DOHA, QATAR SELEPAS DIA MEMBUAT LAPORAN DIRINYA DIROGOL KETIKA SEDANG BERCUTI DI NEGARA TERBABIT.


Sehubungan itu Laura, 22, dikenakan hukuman penjara selama setahun. Hukuman itu bagaimana pun ditangguhkan oleh mahkamah.
Laura turut didenda 3,000 riyal Qatar (RM3,280) kerana tidak hadir ke mahkamah dan dia hanya akan dihantar pulang ke negaranya selepas menjelaskan dendatersebut.
Tertuduh,Omar Abdullah al-Hasan yang merupakan warga Syria pula dijatuhi hukuman 100 sebatan kerana berzina dan 40 sebatan kerana kesalahan minum arak.
Selepas ini Hasan akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu di hospital untuk memastikan sama ada dia cukup sihat untuk menjalani hukuman sebatan yang diberikan.
Hasan tidak akan dipenjarakan tetapi dihantar pulang ke negaranya selepas tamat menjalani hukuman sebat yang dijatuhkan.
Duta Belanda ke Qatar, Yvette Burghgraef-van Eechoud menyatakan pihaknya akan berusaha sedaya upaya untukmembantu Laura kembali ke Belanda, beberapa hari lagi.
Laura mendakwa dirinya tidak ingat apayang berlaku pada malam dia dirogol kecuali keesokan harinya, dia mendapati dirinya berada dalam bilik sebuah apartmen.
Membantah dakwaan Laura bahawa dia merogolnya,Hasan bertegasdia dan Laura sama-sama setuju untuk mengadakan hubungan seks dan Laura juga ada memintanya sejumlah wang.
Hukuman yang diberikan kepada Laura menimbulkan kemarahan ramai kerana terkejut, hukuman dijatuhkan ke atas seseorang yang mendakwa dirinya mangsa rogol.

0 Response to "WANITA BUAT LAPORAN DIROGOL DISABIT SALAH BERZINA"

Post a Comment