Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibubapa mereka. Dalam seminggu pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya, dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.
Di jadikan cerita, ada seorang anak saudara lelaki saya telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5 memandangkan dia adalah yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah curiga terhadap kegunaan telefon itu kerana setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu utk mendengar lagu sambil memasing earphone. begitu juga ibu bapa dia.
Ditakdirkan satu hari tu, dia telah keluar bersama rakan-rakan dia dan secara tidak sengaja meninggalkan telefon tersebut dirumah. Disebabkan waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefon tersebut dan alangkah terkejut nya saya apabila melihat isi kandungan whatsapp, wechat, fb chat dan gallery gambar dia adalah gambar perempuan muda. dan ada beberapa gambar yang terlampau teruk utk dilihat oleh kanak2.
Malah dalam dia juga ada menghubungi kanak2 wanita yang dia tidak kenali bagi bertukar2 gambar yang tidak senonoh. bukan satu, bukan dua.. tapi ramai! dan apa yang lebih mengejutkan, kebanyakkan kanak2 perempuan itu tidak malu untuk menunjukkan gambar tidak senonoh malah mesej yang berbaur kelucahan.
Bayangkan pada waktu itu, dia baru darjah 6 tapi dah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal. dan yang lebih menyedihkan perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramaaaai anak2 perempuan yang terjebak dalam perbuatan sebegini.
Malah ada antara mereka berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan "alat sulit" mereka secara life. Allahu, menitik air mata saya membaca nya.
Sepanjang saya tinggal dengan dia, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca al-Quran.
Selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibubapa dia agar ibu bapa dia sendiri dapat menilai..
Apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang terjadi kepada keluarga abg/kakak saya, janganlah kerana kehendak kerjaya hingga mengabaikan keperluan untuk mengawasi anak anda. dan tolonglah, walaupun anak2 anda nampak tulus, tetaplah memeriksa dengan siapa dia berkawan dan berhubung.
Sekian.
ibu saudara concern
0 Response to "'Gambar Tidak Senonoh Malah Mesej Yang Berbaur Kelucahan.' - Ibu Saudara Concern"
Post a Comment