SINGAPURA - Seorang wanita yang menengking pada seorang 'cleaner' (OKU) di Jem Foodcourt pada 3 June yang lalu tampil memohon maaf di atas kata-katanya dan mendakwa dia tidak sepatutnya dipersalahkan dalam insiden tersebut.
Lapor Shin Min Daily News, Feng, 37, berkata, dia pergi ke medan makan Jurong East shopping mall dengan suaminya.
Feng ternampak bendasing di dalam makanannya ketika hampir menghabiskan hidangannya itu dan mahu merakam gambar untuk membuat aduan.
Pada ketika itu, pekerja OKU, Ah Xing, datang ke meja Feng untuk mengemas.
"Saya beritahu dia, jangan ambil makanan saya sebanyak tiga kali tetapi dia tak dengar. Sebaliknya dia hanya merenung saya sahaja.
"Saya kemudian memarahinya dan memberitahunya pergi menjadi pengemis. Saya bukannya tahu dia seorang OKU, lagipun dia tidak memakai sebarang tag yang menunjukkan dia seorang OKU," katanya yang turut mendakwa dia tidak berapa sihat pada hari kejadian itu.
Insiden itu sempat dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Euphemia Lee, dan kini telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali dan 28,000 lebih perkongsian di Facebook. Menurut Euphemia Lee, Feng telah memaki hamun pekerja OKU berkenaan.
"Kau sepatutnya mampus dan tak layak diberi keranda!" dan kembali menyambung menikmati hidangannya sehinggalah suaminya kembali dan meminta suaminya memanggil pekerja OKU terbabit datang semula ke meja mereka untuk meminta maaf.
Menyedari perkara itu, pengurus pekerja terbabit tampil menjelaskan bahawa pekerjanya adalah OKU pekak dan bisu.
"Orang tua dan OKU seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan bekerja. Mereka selayaknya menjadi pengemis dan hanya menunggu bantuan dari kerajaan untuk menyara hidup mereka," kata Feng.
Berdasarkan video tersebut, jelas sekali Feng berkata, "Go and be a beggar. I don't care, you took my food!"
Tegas Feng, dia gagal mengawal kemarahan sehingga berlakunya mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Dia hanya tidak berpuas hati makanannya telah diambil oleh pekerja OKU terbabit tanpa keizinannya.
"Saya tidak bersalah dalam insiden ini. Dia (Ah Xing) sepatutnya memakai tag nama agar pelanggan tahu dia OKU. Saya bukannya jahat seperti yang didakwa," katanya.
Walau bagaimanapun, Ah Xing menjelaskan dia langsung tidak berkecil hati dengan wanita berkenaan dan tiada keperluan untuk wanita itu meminta maaf kepadanya. Namun, dia hanya bimbang jika tindakannya telah menyebabkan pelanggan tidak gembira. - PIXEL MEDIA
0 Response to "'OKU Seperti Kau Sepatutnya Jadi Pengemis!'"
Post a Comment