'Siapa Pula Check In Flight Guna Nama Saya?'

'Siapa Pula Check In Flight Guna Nama Saya?'



KUCHING - Seorang doktor yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kuching pada Ahad lalu, terkejut bila mendapati ada seorang lelaki yang telah mendaftar masuk menggunakan namanya. 

Patrick Sibat Sujang, yang memuat naikan perkongsian dari Doktor Kho Wee Ming yang mendakwa identitinya telah digunakan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai dirinya sehingga berjaya menyusup masuk ke dalam pesawat. 

"Pada hari penerbangan, dia agak terlambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun dia telah mendaftar masuk awal tanpa sebarang bagasi secara online. Ketika mahu memasuki pesawat, kakitangan yang bertugas memaklumkan bahawa 'doktor' telah masuk ke dalam pesawat. Dakwaan kakitangan itu membuatkan doktor itu binggung.

"Bayangkan, bila doktor itu pergi ke dalam pesawat berkenaan dan mendapati ada seorang lelaki yang mungkin warganegara China duduk di tempat yang telah didaftarkan pada nama doktor itu. Lelaki itu juga mempunyai pass masuk yang dicetak oleh MAS dengan nama doktor itu sendiri. Lebih teruk lagi, lelaki yang tidak dikenali itu telah mendaftar masuk dengan dua bagasi dengan nama doktor itu juga.

"Apabila diminta menunjukkan dokumen pengesahan diri, lelaki itu hanya bangun, keluar dari pesawat dan hilang begitu sahaja. Kru dan juruterbang memberikan jaminan bahawa mereka akan menyiasat insiden itu.

"Bayangkan, pesawat tetap berlepas dengan dua bagasi yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu dengan menggunakan nama doktor terbabit?" ujarnya, 

Tiba di lapangan terbang, Patrick berkata doktor itu membuat laporan polis. Namun sehari selepas kejadian, doktor itu telah diminta untuk menuntut dua bagasi tersebut. Namun, doktor berkenaan enggan berbuat demikian. Sekali lagi laporan polis dibuat. 


Patrick berharap, pihak MAS dan terutamanya Malaysia Airport Berhad menyiasat kejadian itu kerana apa yang berlaku itu jelas sekali pelanggaran terhadap pintu keselamatan lapangan terbang. 

"Saya berharap mereka siasat. Mungkin ini membabitkan rasuah melibatkan pelbagai pihak di KLIA sehingga lelaki warganegara China itu berjaya menyusup masuk ke dalam pesawat sebelum perbuatannya itu terbongkar. Jelas sekali ini adalah kerja 'orang dalam'." katanya. - PIXEL MEDIA

0 Response to "'Siapa Pula Check In Flight Guna Nama Saya?'"

Post a Comment