Memelihara seekor kucing tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Apa yang penting adalah anda perlu menyediakan makanan dan air yang bersih, tempat yang selamat untuknya bermain dan tidur dan mengambil berat akan kebajikan tahap kesihatannya.
Mungkin ramai tidak tahu, memelihara kucing di rumah dapat memberikan banyak manfaat kepada individu yang membela kucing tersebut. Antara Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing adalah:
- Menurunkan Risiko Serangan Jantung – Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, individu yang tidak memelihara kucing mempunyai risiko sehingga 40% lebih tinggi terkena serangan jantung berbanding individu yang kerap memanjakan kucing di rumah. Sikap manja seekor kucing membuatkan pemiliknya kurang berasa tertekan atau stress dan menurukan risiko serangan jantung.
- Membantu Mencegah Asma – Mungkin selama ini kita sering beranggapan bahawa bulu kucing menyebabkan asma terutamanya di kalangan kanak-kanak namun kajian menunjukkan anak-anak yang dibenarkan bermain bersama kucing dari usia yang masih kecil, membantu mengelakkan risiko terkena asma.
- Meningkatkan Daya Tahan Badan – Memelihara kucing dirumah juga dapat membantu meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit. Perkara ini terbukti selepas beberapa kajian telah dijalankan keatas daya tahan tubuh antara individu yang memelihara kucing dan individu yang tidak memelihara kucing.
- Mengelak Risiko Alergi – Bayi yang baru lahir jika dibiarkan terdedah kepada kucing peliharaan dapat menguatkan sistem imun bayi tersebut dan seterusnya mengurangkan alahan atau alergi.
- Menurunkan Paras Kolestrol – Kajian juga menunjukkan, individu yang memelihara kucing mempunyai paras kolestrol yang berada pada tahap normal berbanding individu yang tidak memelihara kucing.
- Menurunkan Tekanan Darah – Untuk anda yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, anda disyorkan untuk memelihara kucing di rumah untuk menurunkan kadar tekanan darah anda. Fakta ini terbukti apabila seorang individu kerap membelai atau mengusap seekor kucing, kadar tekanan darahnya dapat dikurangkan.
- Menjadikan Mood Lebih Ceria – Berkomunikasi atau melayan kerenah manja haiwan comel ini dapat membuatkan emosi atau mood seseorang individu lebih baik dan ceria. Ini dapat membantu anda untuk mengurangkan atau menghilangkan stress atau tekanan terutamanya di tempat kerja.
- Mengurangkan Risiko Strok Atau Angin Ahmar – Bila paras kolestrol dan tekanan darah berjaya diturunkan dan emosi anda juga bebas dari tekanan, maka ia dapat membantu anda mengurangkan risiko terkena strok.
- Mengelak Depresi Atau Kesunyian – Memeliharan kucing juga dapat membuatkan si pemilik tidak lagi berasa sunyi atau sepi. Hubungan antara kucing dan manusia membuatkan kehidupan terasa lebih seronok, ibarat mempunyai seorang teman baik untuk berkongsi rahsia tanpa perlu khuatir bahawa rahsia anda itu akan terbongkar.
- Membantu Pesakit Autisme – Kanak-kanak autisme biasanya mempunyai kesulitan untuk berkomunikasi dengan orang, mungkin disebabkan itu adakalanya kucing diberikan peranan untuk membantu dalam terapi yang melibatkan kanak-kanak autisme.
Banyak kan Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing. Apa yang penting adalah anda perlu memastikan tahap kesihatan dan kebersihan kucing yang anda pelihara di rumah sentiasa terjaga
0 Response to "Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing"
Post a Comment