JIJIK! RESTORAN DI HONG KONG HIDANG MI SELIT NAJIS


SEBUAH restoran di Hong Kong kini menjadi buah mulut hangat di kalangan penduduk setempat selepas mereka didapati menyediakan hidangan mi yang terselit dengan najis.
Penemuan itu ditemui seorang lelaki yang dikenali sebagai Ho yang membeli makanan tengah hari baru-baru ini sebelum menyedari terdapat dua ketulan berwarna coklat gelap yang sangat busuk dalam hidangan mi tersebut.
Pada mulanya, Ho beranggapan benda asing itu sebagai kulat hitam yang belum dimasak namun selepas merasainya, lelaki itu terus meludahnya kerana yang dimakannya itu terbukti adalah ketulan najis!
Jijik dengan hal itu, Ho terus membersihkan mulutnya yang tercemar itu dengan dua hingga tiga liter cecair pencuci mulut bagi menghilangkan bau busuk tersebut.
Tidak berpuas hati dengan keterangan staf restoran berkenaan, Ho kemudiannya telah menyimpan najis berkenaan sebagai bahan bukti dan kemudiannya dia telah menelefon pihak berkuasa bagi melaporkan hal terbabit.
Pegawai dari Jabatan Kebersihan Persekitaran dan Makanan Hong Kong kemudiannya terus bergegas ke rumah Ho bagi menguji sendiri bahan masakan rahsia kedai tersebut yang terbukti memang najis.
Pegawai itu kemudiannya terus ke restoran dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi menghukum perbuatan jijik yang dilakukan oleh restoran tersebut terhadap pelanggan mereka.

0 Response to "JIJIK! RESTORAN DI HONG KONG HIDANG MI SELIT NAJIS"

Post a Comment