Dari Ditangkap Polis Ke Universiti – Kisah Doa Ibu Yang Makbul


Seberapa banyak kisah yang kita telah dengar dan ketahui tentang dahsyat dan makbulnya doa seorang ibu. Lagenda yang paling popular kalau di alam nusantara ini pastilah kisah si Tanggang yang derhaka.
Tetapi ini kisah yang benar-benar berlaku, diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya Ustaz Khailil Razakdalam status Facebooknya beberapa hari lepas. Kami telah mendapat keizinan daripada beliau untuk berkongsi kembali statusnya di laman ini.

Teringat masa saya kecil dulu.
Mak saya selalu bawak saya pergi dengar ceramah PAS, ceramah Ustaz Akhil Khay, ceramah Ustaz Ismail Kamus. Mesti mak saya bawak saya duduk depan. Adakah mak saya doa masa ceramah tu,
Ya Allah jadikanlah anak saya ni penceramah suatu hari nanti..
Nabi saw kata doa ibu tu makbul. Tak sangka hari ni ribuan remaja sudi dengar ceramah saya tapi bukan penceramah parti tau, motivasi pelajar je. Tapi kan, saya tak pernah mintak dengan Allah untuk jadi penceramah. Tapi masa di markas nizamuddin india (saya doa),
YaAllah jadikanlah saya orang kaya seperti Abdul Rahman Bin Auf dan jadikanlah saya (seperti) Abu Bakar As-Siddiq yang korbankan harta untuk agama.
Cakap Mak Makbul tau!
Dulu saya ni budak bola. Selalu malam-malam lepak dengan budak-budak bola. Mak tak pernah larang lepak sampai lewat malam. (Tetapi pada) satu malam ni, waktu saya tingkatan 3, mak kata,
Adik jangan keluar lah malam ni. Duduk rumah je.
Saya kata, “Oklah, tak keluar,”
Tapi bila mak saya tidur saya curi-curi keluar rumah. Tak sampai 5 minit kami lepak-lepak dalam 8 orang, terus ada polis kepung kami dan bawa kami ke balai untuk buat ujian air kencing. Allahu. Mak kalau kata jangan, jangan lah buat. Kalau (mak) kata buat, buatlah. Di situ ada keberkatan.
Cakap mak makbul tau!
Satu hari masa abang saya yang ke-4 konvokesyen di UKM Bangi. Masa tu saya tingkatan 4 kalau tak silap, mak saya suruh pakai baju konvo abang saya tu dengan topi sekali. Aduiii, saya segan sangat masa tuu. Sebab baju tu besar! Hodoh gila la kalau pakai.
Tapi mak kata,
Pakailah mak nak tengok. Mana tahu adik belajar kat sini.
MasyaAllah mak punya cakap makbul. Alhamdulillah saya pun graduate di UKM.
Malangnya anak-anak hari ini tak ambil kisah langsung tentang perkara ni. Mereka seolah-olah anggap mak ayah mereka seperti tunggul. Macam tak ada. Mak ayah tengah bercakap, main handphone depan mereka. Nak pandang muka mak ayah pun tak nak. Ya Allah!
Ramai sangat mak ayah yang ngadu pasal anak-anak mereka kepada saya. Kadang-kadang mereka menangis. Wahai anak-anak bayangkan ketika kita buat mak kita menangis kerana kecewa, dekat manalah tempat kita di akhirat nanti. Allahu!
Ya Allah ampunilah kami. Kami berkasar dengan mak ayah kami, kami tak hormat mak ayah kami, kami tak dengar cakap mereka. Ya Allah rahmatilah mak ayah kami. Amiin.

0 Response to "Dari Ditangkap Polis Ke Universiti – Kisah Doa Ibu Yang Makbul"

Post a Comment