GOMBAK-Seorang wanita menempuh detik cemas apabila nyaris dirogol seorang lelaki dalam tandas dl sebuah stesen minyak di Rawang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa berusia 30 tahun itu terpaksa bergelut dengan suspek sebelum beijaya lari keluar menyelamatkan diri.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa memasuki tandas berkenaan dan melihat ada dua wanita lain di situ.
Tolak mangsa
Sebaik sahaja dua wanita itu keluar, tiba-tiba seorang lelaki tidak berbaju serta zip seluarnya terbuka, muncul dan me- nutup pintu tandas berkenaan sebelum menolak dan menarik mangsa ke dalam satu daripada tiga tandas di situ.
Mangsa yang panik, bergelut dengan suspek dan menjerit meminta pertolongan menyebabkan lelaki itu terkejut dan membuka semula pintu utama tandas yang dikuncinya sebelum itu.
Wanita terbabit kemudiannya bertindak melarikan diri dan terus membuat laporan di Balai Polis Rawang berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Minta orang ramai hubungi polis"Mangsa mengalami bengkak di kaki serta badan akibat pergelutan dengan suspek. Usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Kes mangsa nyaris dirogol itu viral di laman sosial apabila pemilik akaun Facebook, Dhiya Srikandi Qalbu memuat naik status serta gambar mendakwa wanita terbabit ialah adiknya dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.
Pemilik akaun itu turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi enam saat memaparkan mangsa cuba melarikan diri sebaik sahaja keluar dari tandas di stesen minyak berkenaan," katanya.
Wednesday, 11 May 2016
semasa
0 Response to "Seorang wanita menempuh detik cemas apabila nyaris dirogol seorang lelaki dalam tandas dl sebuah stesen minyak di Rawang di sini"
Post a Comment