TAK TAHAN DIGANGGU, ISTERI POTONG ANU ABANG IPAR SENDIRI DAN BAWA KE BALAI POLIS SEBAGAI BAHAN BUKTI

M4PUHMt
Tak Tahan Diganggu, Wanita Potong Alat Kelamin Abang Ipar
Seorang wanita memasuki pekarangan balai polis sambil memegang sebahagian alat kelamin yang masih berdarah sebagai bukti dia sering diganggu pemilik organ itu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu bertindak berani memotong alat kelamin abang iparnyakerana tidak tahan diganggu lelaki berkenaan sejak dia menumpang di rumah kakaknya.
Berusia 32 tahun, dia ke balai polis di daerah Sidhi, Madhya Pradesh bersama anak-anaknya bagi menyerahkan bahan bukti itu.
“Inilah satu-satunya cara untuk memastikan dia tidak lagi mengganggu saya,” katanya.
Dia bersama anaknya menumpang keluarga iparnya kerana suaminya bertugas di Nashik, Maharashtra yang terletak kira-kira 500 kilometer dari daerah itu.
Bagaimanapun sebelum polis mendapatkan pengesahan pemilik alat kelamin itu, abang ipar wanita itu telah dilaporkan membunuh diri.
Menurut jurucakap polis Sidhi, Abid Khan, wanita berkenaan telah didakwa kerana cubaan membunuh.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu normal dan dia mengakui tidak menyesal atas perbuatannya itu.
 Sumber: Mstar

0 Response to "TAK TAHAN DIGANGGU, ISTERI POTONG ANU ABANG IPAR SENDIRI DAN BAWA KE BALAI POLIS SEBAGAI BAHAN BUKTI"

Post a Comment