KAJIAN: TAHUKAH KORANG ‘FIKIR POSITIF’ JUGA TANDA-TANDA TERTEKAN, MURUNG?

Beberapa bentuk “pemikiran positif” tidak berkesan dalam menangani kemurungan dan mungkin boleh menjadi penghalang, kata kajian terbaru dalam bidang psikologi.
Pengkaji-pengkaji daripada Universiti New York, Universiti Hamburg dan Universiti Virginia menggunakan soal selidik dan buku catatan harian dalam empat kajian berasingan untuk mengukur tanda-tanda di kalangan pelajar kolej dan kanak-kanak.
Kajian:  Tahukah korang ‘fikir positif’ juga tanda-tanda tertekan, murung?
Kajian: Tahukah korang ‘fikir positif’ juga tanda-tanda tertekan, murung?
Kajian itu, diterbitkan dalam jurnal Psychological Science terbaru, mendapati mereka yang membayangkan masa depan sempurna dikaitkan dengan tanda kemurungan pada masa depan.
Kajian itu mendapati mereka yang berangan-angan tentang masa depan yang sempurna mengalami kurang simptom pada masa sekarang, lapor portal The Independent baru-baru ini.
Seorang penyelidik dan ahli psikologi Gabriele Oettingen menulis dalam kajiannya:
“Era moden ditentukan oleh pemikiran positif dan pasaran motivasi diri yang bergantung pada pemikiran seumpama itu bernilai US$9.6 bilion (RM40 bilion) dan semakin berkembang.
“Kajian kami ini mempertikaikan betapa membebankan pasaran ini bagi kesejahteraan jangka panjang seseorang dan kepada masyarakat secara keseluruhannya.”
Sementara itu, satu lagi portal di sini The Guardian melaporkan sama ada wajar atau tidak ujian saringan kemurungan diwajibkan ke atas setiap individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Menurut saranan Pasukan Petugas Khas Khidmat Pencegahan Amerika Syarikat, doktor harus meneliti sama ada seseorang itu berasa sedih, letih atau terganggu.
Cadangan ini dikemukakan kerana hanya separuh daripada mereka yang mengalami kemurungan mendapat rawatan di negara tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menganggarkan kemurungan akan muncul sebagai kecacatan kedua di seluruh dunia menjelang 2020.
Namun, United Kingdom dan Kanada tidak ingin menyaring semua warganya tetapi kepada mereka yang berisiko tinggi sahaja, lapor akhbar itu lagi semalam.
Akhbar itu menyebut saringan kemurungan boleh menyebabkan rawatan yang tidak perlu jika seseorang mengalami kemurungan yang sederhana.
Jurnal Canadian Medical Journal pada 2012 menyatakan tiada kajian menunjukkan manfaat saringan jika orang ramai menerima rawatan yang sama, walau bagaimana pemeriksaannya.
Lagi pula, lapor The Guardian lagi, gejala kemurungan mungkin berulang semula.
Namun, pasukan khas Amerika Syarikat tidak melihat sebarang kesan negatif seumpama ini dalam kajiannya.

Sumber : Malay Mail

0 Response to "KAJIAN: TAHUKAH KORANG ‘FIKIR POSITIF’ JUGA TANDA-TANDA TERTEKAN, MURUNG?"

Post a Comment