7 Tip mencari kerja yang evergreen.

“Apa daa masih masuk angin keluar asap? Pergilah cari kerja. Kami dulu negara miskin baru merdeka pun boleh cari kerja. Sekolah pun tak habis sebab Jepun serang Malaya. Kamu grad universiti takkan tak boleh?”

petikan ini di ambil dari filem evergreen malaysia iatu Seniman Bujang Lapok .
kalau yang dah pernah tengok , perasan tak macam mana 3 orang bujang lapok itu cari kerja?
dalam filem mungkin kita tak perasan. meh sini admin nak cerita skit.

Teknik-teknik yang dipakai mereka.


#1 Mindset
Paling utama, cuba cari kerja di luar ruang selesa anda. Jangan terhad dengan apa yang tertera di ijazah anda. Walaupun mereka bukan pelakon mereka berani untuk mencuba daripada terus menganggur. 


#2 Orang Dalam
Bila sebut pasal orang dalam (kabel) ni selalunya berkait rapat dengan orang atasan. tak semestinya kita harus mengenali orang tertentu untuk mencari kerja. Apa yang kita patut buat ialah bertanya pada staf yang berkerja di syarikat/ tersebut, jangan hanya bergantung pada iklan
sahaja.


#3 Penampilan
Pakai pakaian terbaik untuk ke temuduga , ramai yang mempertikaikan isu ini. tapi ini lah hakikat. mentaliti manusia hanya mahukan yang terbaik. Andai kamu ada seorang bos. staff yang macam mana kamu nak? Berpakaian kemas adalah salah satu faktor pemilihan seorang perkerja. tak caya cuba la g temuduga pakai kain pelikat. tengok apa jadi.

#4 Adab & Tatatertib
Bersopan santun pada semua staf, termasuklah dengan pengawal keselamatan,cleaner. Tiada ruginya bersopan-santun kerana itu mungkin tiket anda untuk mendapat kerja!

#5 Malu Bertanya Sesat Jalan
Tanya siapa pegawai yang sepatutnya dijumpai untuk mendapatkan kerja. mana lah tau untung-untung dapat jumpa dengan orang atas, boleh la jugak nak ejas2 . hehe


#6 Sekali Lagi, Mindset
Jadi proaktif dan ambil inisiatif. Apabila Kemat Hassan menyuruh mereka duduk atas kerusi yang tidak wujud, Seniman Bujang Lapok berlakon duduk di atas kerusi.pedulikan persepi negatif orang lain!




#7 Ambil hati orang penting
dapatkan recommendation dari pihak atasan. Walaupun Pengarah Ahmad Nisfu sakit jiwa dan jantung dengan mereka bertiga, tetapi Pengurus Kemat Hassan mengatakan mereka bagus dan kreatif.ambil hati orang yang temuduga kamu tu. biarlah dia senang dengan sikap kamu. buktikan yang kamu adalah orang yang mereka cari.



Hasilnya…
Mereka bertiga dapat kerja sebagai seniman walaupun dicemuh orang dan mereka sendiri tidak yakin pada awalnya. Apa lagi? Cubalah teknik evergreen sepanjang zaman ini!

0 Response to "7 Tip mencari kerja yang evergreen."

Post a Comment